Friday, October 12, 2007

Kasih Mama...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

i) Tolong pergi kedai $4.00

ii) Tolong jaga adik $4.00

iii) Tolong buang sampah $1.00

iv) Tolong kemas bilik $2.00

v) Tolong siram bunga $3.00

vi) Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

i) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

ii) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

iii) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

iv) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

v) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

1 comment:

Anonymous said...

betul..sayangi la mereka semasa mereka masih ada :)

Missing Anah

I always found myself speechless whenever I wanna talk about you. A deep scar in my heart and it still hurt me to even think of the tragedy...

Map Loco

Visitor Map